Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, April 15, 2015

RAWATAN LASIK DI PUSAT PAKAR MATA ADVANCEVISION, DAMANSARA

ADVANCE VISION 
Eye Specialist Center

-LASIK-
bagi yang tak tau Lasik tu apa,
LASIK ialah pembedahan pembetulan penglihatan 
untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat) 
yang popular dan berjaya di seluruh dunia. 
LASIK dilakukan oleh ophthalmologist yang menggunakan laser.
-SUMBER- WikiPedia

"Rabun ialah salah satu nikmat yang Allah tarik"

dah lama sebenarnya berhajat nak buat rawatan hilangkan rabun nie.
Alhamdulillah Syukur..pada 3 April 2015  tercapai impian :)
sekarang dapat melihat dengan jelas tanpa menggunakan kacamata :)


Sedikit perkongsian pengalaman melakukan rawatan lasik :) 
-Rawatan Lasik-
Advance Vision nie antara pusat pakar mata yg menawarkan harga Lasik termurah.
sebelum tu dah survey feedback customer yg dah buat rawatan di Advance Vision nie,
banyak feedback yang positive :) 

untuk rawatan Lasik nie ada 3 step:

STEP PERTAMA
Untuk lawatan pertama nie, macam sesi kaunseling..
Free of charge.. tiada bayaran di kenakan..
boleh terus datang ke Advance Vision, Damansara.
untuk sesi nie mereka akan check mata kita & akan terangkan segala prosedur tentang Lasik, kos rawatan, kesan sampingan & segala nya tentang lasik. 
pada sesi nie dikendalikan oleh customer care consultant: En Amirul.. 
jika setuju untuk buat rawatan, boleh set appointment untuk step kedua.

untuk lawatan pertama nie, efa di temani oleh my girlfriend: Nurul Atiqah
selepas selesai , kena bawa girlfriend makan sebagai tanda terima kasihh :)

 -makan sorang-


STEP KEDUA
sesi ke-2 nie, 
perlu berjumpa doktor yg akan buat pembedahan Lasik nanti iaitu Dr Yeoh.
Doktor akan buat pemeriksaan lebih mendalam pada mata & jika semua okay, 
boleh set appointment untuk pembedahan Lasik.
Lasik di advance vision hanya di lakukan pada hari jumaat sahaja.

untuk sesi rawatan ke-2 nie bayaran akan dikenakan sebanyak RM80.
dan kos rawatan Lasik untuk yg basic macam efa buat: RM2888.
Jumlah = RM2968 

power rabun mata efa : 
mata kanan 500++ & mata kiri 400++
semasa rawatan nie, 
mereka akan titiskan ubat pada mata,
dan kesannya penglihatan akan jadi kabur dalam masa beberapa jam..
tak boleh nampak dengan jelas.
di nasihatkan untuk membawa teman kerana anda tidak boleh memandu selepas itu..
lepas tidur beberapa jam peglihatan akan kembali pulih semula..


STEP KETIGA

pinjam gambar lasik Hanis Zalikha yg buat pembedahan pada hari yg sama..
sumber dari instagram tunang Keknis: Hairul Azreen
3 APRIL 2015
Pembedahan Lasik di lakukan dalam tempoh tak sampai 3 minit..
rasanya sekejap je dalam 1-2 minit..dah siap :)
rawatan menggunakan laser
Dr Yeoh seorang doktor pakar yg sangat peramah & pantas ^^

Alhamdulillah 
lepas pembedahan vision 50% 
boleh terus balik rumah.. kena tidur dalam 3-4 jam..
selepas bangun vision dah 70-80% 
time tu teruja sikit dah boleh lihat dengan jelas tanpa pakai spec hehe
selepas pembedahan, nanti kena datang checkup sebanyak 5 kali.

selepas pembedahan lasik, 
kena jaga pantang:
mata tak boleh kena air, tak boleh buat aktiviti lasak yg mengeluarkan peluh, tak boleh make up pada mata dalam tempoh 3 minggu untuk elak mata terkena bakteria..
kena elakkan mata dari terkena cahaya & kena rajin titis ubat mata
InsyaAllah selepas tu mata akan pulih sepenuhnya :) 
-bekalan ubat selepas rawatan-

ramai yang tanya: sakit tak?
bagi efa, tak sakit sangat :) 
buat mereka yg nak buat rawatan nie, jangan takut k hehe

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ^^

pemandangan yg paling indah sekali selepas rawatan ialah waktu: 
SOLAT
sebelum nie masa rabun, bila solat tak pakai spec, memang tak nampak jelas.
ketika solat pertama selepas rawatan,  Ya Allah..nak mengalir air mata waktu tu.. dapat lihat tempat sujud dengan jelas.. Bersyukur sangat Allah kurniakan kembali nikmat penglihatan..
hanya yg alami dapat merasainya :') 

"Ya Allah, berikanlah nikmat kebaikan 
di dunia & akhirat buat kami semua" 
Amiiinn ^^


ADVANCE VISION 
Eye Specialist Center
Alamat: 
54, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Petang Jaya, Selangor
(landmark: Uptown Damansara) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian,
Terima kasih ^^ 

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog